Add Me  Add Me  Add Me  Add Me

Social Media

Follow Me On Social Media
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Sunday, 14 February 2021

Bab 2: Jalan Menuju Hijrah

   Kedengaran bunyi hp berdering menandankan panggilan masuk. Nur Adwa Afeefa bangkit dari pembaringan lalu mencapai hp di atas meja. Tertera nama Ayahnya di screen telefon. Dengan malas dia menjawap panggilan tersebut.


" Assalamualaikum adwa, happy birthday anak ayah yang ke18, ayah doakan semoga Adwa sihat selalu dan dalam lindungan Allah." ucap ayahnya.


" Waalaikumsalam ayah, terima kasih ayah. Aamiin doanya" balasku. Rasa gembira menerpa dalam hati, ingatkan da lupa birthday saya. Baru jer na merajuk, gumam ku dalam hati.


" Adwa apa kabar sihat juga?"


" Alhamdulillah Adwa sihat ayah. Ayah apa kabar sihat juga? Beberapa hari ini Adwa telefon ayah langsung tak angkat. Whatsapp langsung tak balas juga .. hmm "balas ku sambil mengetap bibir.


" Ayah minta maaf sayang, ayah beberapa hati ini sibuk. Lagi pun ayah kat site masa Adwa telefon. Ayah sibuk dengan projek terbaru. Nanti ada cuti ayah ambil Adwa kat kampung. Nanti boleh bermalam dirumah luang masa dengan ibu. Ibu pun rindu Adwa juga." Balas Ayah.


" Baiklah ayah.. Adwa pun rindu juga dengan orang rumah." Tiba tiba hati aku sebak. 


Aku menahan sebak didada. Andai saja ayah tahu keadaan ku. Kadang kadang aku salahkan Mama dan Ayah kenapa mereka berpisah dan aku terasa hati kenapa Ayah tak bawa Adwa sekali dengan kakak dan abang. Sedih bila teringat semuanya. Aku mengusap airmata ku yang membasahi pipi. Aku menahan esakan tangisku agar Ayah tak tahu aku sedang nangis. 


"Oklah Adwa, ayah nak gerak sudah. InsyahAllah Ayah nanti ambil Adwa ya sayang. Adwa baik baik tau dekat situ. Kirim salam dengan mama adwa dan bapa adwa. Assalamualaikum."Ucap Ayah.


" Waalaikumsalam Ayah, ayah pun baik baik juga kerja. Sayang Ayah."


" Sayang Adwa juga, bye.." balas ayah.


Aku matikan hp dan letakkannya kembali di atas meja. Kedengaran bunyi cawan pecah, dan suara mama berteriak. Dari dalam bilik aku mencuri dengar perbualan mama dan bapa tiriku. Mereka berdua bertengkar tentang hal semalam.


" Lelaki tak guna!! Kau lebih hina dari bintang!! Kau tau tak!! " bentak Mama kepada suaminya.

" Lebih baik kau diam Salmah! Aku tak buat apa apa pun. Aku masuk bilik anak kau tu nak tengok dia dah tidur ka belum itu saja. Bukan ya aku buat apa apa pun. Anak kau jer yang lebih lebih. Sebab aku tahu anak kau tu tak suka aku dari dulupun. Sebab tu dia buat macam tu, dia nak kita bercerai berai Salmah! Percayalah!" Rayu Pak Samad terhadap Mama. 

" Engkau jangan menipu Salmah abang. Salmah nampak dengan mata Salmah sendiri. Sampai hati abang buat anak Salmah macam tu. Abang dah janji nak jaga kami dan jaga Adwa macam anak abang. Apa yang abang fikirkan hingga ke perbiatan terkutuk tu! Haa " Salmah menahan sebak, lalu tertunduk sambil mengutip serpihan cawan yang jatuh ke lantai. Hati siapa yang tidak remuk ketika itu. Hatinya kini seperti serpihan serpihan cawan yang telah jatuh ke lantai ketika ini. 

        Dia keliru antara anak dan suami, dia tidak menyangka suaminya berkelakuan sedemikian. Mungkin ini adalah balasan Allah terhadapnya, atas dosa dosa yang pernah dia lakukan. Ya Allah ujian apa yang engkau berikan kepadaku ini. Salmah bangkit dari tempat duduknya, semua serpihan cawan dibuangnya kedalam tong sampah. 

" Abang, Salmah nah minta cerai. Salmah minta dilepaskan.. lepaskan Salmah abang. Salmah dah tak sanggup hidup terus begini. Semakin kita bersama semakin banyak dosa Salmah tanggung. Bukan dengan abang tetapi dengan Adwa sekali Salmah rasa berdosa dan bersalah. " sayu ucap Salmah. Dia menangis sekuat hatinya. Pak Samad hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu syaitan mana yang merasuknya hingga berkelakuan demikian. Pak Samad bangkit dari kerusi, lalu mengambil semua peralatan memancingnya. Dia endahkan panggilan isterinya itu. Dia hanya berlalu pergi meninggalkan rumah. 


Saturday, 13 February 2021

Agihan Sedekah Hari Jumaat Pada 12/02/21

 




Assalamualaikum wbt.

Bismillahhirrahmannirrahim..

      Berikut adalah beberapa gambar yang telah diambil dalam menerima bantuan makanan dari persatuan SALIMAH SABAH bahagian Kota Kinablau. Terima kasih kepada semua yang terlibat kerana dapat menjayakan program Sedekah Hari Jumaat. Tidak lupa terima kasih juga kepada semua yang telah berbagi rezeki dengan orang yang lain. Kami disini mendaokan semoga semuanya dalam lindungan Allah swt, diberikan kesihatan yang baik dan rezeki diluaskan Allahumma Aamiin.
          Kepada sesiapa yang berminat ingin memberikan sumbangan sedikit, bolehlah hubungi nombor yang telah kami sertakan dalam poster Sedekah Hari Jumaat. Program ini dibawah persatuan SALIMAH SABAH. Wassalam..

Jangkitkan Kebaikan, Sebarkan Kasih Sayang

Bab 1: Jalan Menuju Hijrah


      Usia perkahwinan mama dan ayah tidak berpanjangan dimana mereka telah memilih penceraian kerana mereka tidak sehaluan lagi. Mereka telah bercerai sejak umur aku 8tahun lagi. Abang dan kakak ku mengikuti ayahku kerana mereka adalah sepasang kembar. Disebabkan mereka sangat rapat dan tidak mahu berpisah. Aku pula mengikuti mama ku dan tinggal dengan mama sehingga hari ini. Sejak mama dan ayah berpisah mereka telah membawa haluan hidup masing-masing dan mempunyai keluarga tersendiri. Ayah dan Mama masing² telah menikah kembali dengan pilihan mereka. 
...................................................................................................................................................................

       Kini aku berusia 18tahun pada tahun ini, jam menunjukkan jam12 pagi. Berderet-deret chat whatsapp dan notification fb, imstagram masuk. Aku melihat notification di telefon bimbitku. Kelihatan semua ucapan hari jadiku di setiap notificatiom tersebut. Terasa hambar dan tiada sedikit pun rasa gembira. Kedengaran bunyi hp berdering. Incoming calling. Aku cepat cepat mengambil panggilan tersebut tanpa melihat nama panggilan.
"Hello, waalaikumsalam" jawap ku perlahan. Aku melihat skrin telefon, tertera nama Mikail.
"Happy birthday sayang! Sayang buat apa?"
"Nak tidur dah buat apa lagi.." jawap ku acuh tak acuh.
"Sayang nak video kol boleh tak?"
"Tak payahlah, takda mood la!"
"Ala sayang kenapa tiada mood? Selalu orang birthday ni happy tau, sayang nak apa apa tak? Sayang boleh belikan" soalnya.
"Takpayah la! Dah la nak tidurlah! Esok jer la sambung okey. Byee Assalamualaikum" tanpa menunggu jawapan dari Mikail Adwa matikan hp ya. Dia ingatkan panggilan dari ayah ataupun dari abang dan kakak ya. Sejak beberapa hari ini ayah dia asyik sibuk sehinggakan tiada masa nak jawap panggilannya. Nak minta ambil dari minggu lalu tiada jawapan. Entah aku ni wujud tak wujud ka lagi dalam hidup mereka. Bagus aku tidur sajalah. Gumam Adwa sambil matikan lampu.

      Kedengaran bunyi pintu yang dibuka dengan perlahan-lahan, membuatkan Nur Adwa Afeefa terkejut dengan bunyi tersebut. Kini matanya segar melihat kearah bunyi pintu dihadapannya. Dalam samar samar dia melihat seseorang dihadapan pintu tersebut. Nur Adwa Afeefa menggosok² matanya untuk melihat lebih jelas, dia bangkit dari pembaringannya. Secara tiba tiba orang dihadapan memeluknya dengan dakapan yang kuat. Nur Adwa Afeefa meronta, tangan yang kasar menekup mulutnya. Nur Adwa Afeefa melawan dengan mengigit tangan kasar itu dan berteriak dengan kuat.

"Mama!!! Mamaa!!! Tolongggg Adwaa!!" Dengan sekuat hati dia berteriak memanggil mama. 
Secara tiba-tiba lampu terang benderang diruang biliknya. Kelihatan wajah mama dengan wajah yang terkejut dan merah padam.
Aku memandang wajah dibirai katil yang sedang menahan sakit dari tangannya yang baru saja saya gigit. 

"Astagfirullahhalazim!!! Abang!!! Sampai hati abg buat anak saya macam ni!!" Mama menangis sambil memukul badan suaminya itu. Pak Samad hanya mampu berdiam diri kali ini dia tidak berkata apa apa kerana Mama telah nampak dengan jelas perbuatan terkutuknya itu. Bukan hanya sekali berkali-kali bapa tirinya itu memperlakukannya sedemikian. Dan kali ini sangat teruk bukan sekadar mengintipnya malah berani ingin memperkosanya. 

Luluh hati melihat mama menangis. Aku hanya mampu berdiam dan menahan sebak. Aku tidak mampu berkata apa apa. Rasa meluat dan benci meluap luap dalam hati aku dengan perangai buruk bapa tirinya itu. Pak Samad hanya selamba keluar dari bilik. Mama mengikuti suaminya itu dan kedengaran di luar bilik pertengkaran mereka. Aku menangis sekuat hati sambil berpeluk tubuh. Terdengar suara tangisan, adik ku terbangun dan menerpa kearahku. Dia memelukku sambil menangis. Aku hanya mampu membalas pelukannya dan menenangkannya.

"Mama dan bapa kenapa kak?" Mulut mungil milik adik ku bertanya dengan kehairanan.
 "Tiada apa apa, mama dan bapa macam biasa gaduh gaduh begitu saja" balas ku sambil tersenyum. 
 "Malam ni adik tidur dengan kakak la, kakak rindu nak manja manja dengan adik boleh tak?" Soalku. Dia hanya mampu menganguk perlahan kerana masih dalam mamai mamai. Masih mengantuk. Adik baring disebelah ku sambil memelukku dengan erat.

Aku kesat airmata ku, ya Allah beri aku kesabaran. Hilangkan kesedihanku. Aku hanya mampu meminta kepada Allah ketika ini. Mama membuka pintu bilikku, aku melihat wajah Mama. Kelihatan wajah mama yang sedih riak yang terkejut dengan situasi itu. Mama memelukku, airmatanya membasahi bajuku. Aku hanya mampu membalas pelukan mama dengan erat.
"Mama minta maaf, selama ini mamatak percayakan Adwa. Mama rasa berdosa dengan Adwa. Mama tak sangka bapa Adwa macam tu. Adwa jangan risau, Mama akan pilih Adwa berbanding dia." Kuat esakan Mama. Mama memegang tangan ku dengan erat.
"Jangan Mama! Adwa taknak mama berpisah dengan bapa. Kesian adik adik Adwa, Adwa dah rasa macam mana tiada bapa. Adwa dah rasa jauh dengan ayah macam mana." Rayu ku dengan mama. 

Bersambung..

Friday, 12 February 2021

Jom Sedekah


Assalamualaiku wbt.

Bismilahhirrohmanirrohim..

       SALIMAH telah melaksanakan program Jom Sedekah Hari Jumaat, dimana setiap hari jumaat mereka bergerak untuk mengedarkan makanan kepada orang orang yang memerlukan. Edaran ini setiap satu pek anggaran sebanyak RM5 dan akan diedarkan setiap hari jumaat. Oleh itu, mari kita sama sama menghulurkan bantuan dan semoga dengan sedekah kita pada hari ini dapat menyelamatkan kita dari api neraka wallahualam. Program ini dilaksanakan dibawah Persatuan Persaudaraan Muslimah Sabah ( Kota Kinabalu ). Untuk maklumat lanjut sila hubungi nombor yang telah disertakan dalam poster tersebut.


Ibn Qayyim Al-Jawziyah dalam kitabnya ( Zad Al-Maad ) menyatakan :

  " Bersedekah pada hari Jumaat ini lebih mulia berbanding hari-hari lain. Besarnya nilai gandaan ganjaran bersedekah pada hari Jumaat berbanding hari lain adalah seperti besarnya pahala amalan bulan Ramadhan berbanding bulan bulan lain."


Dalam Firman Allah SWT bermaksud :

" Perumpamaan bagi orang yang mendermakan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha luas ( Rahmat ) lagi Maha  mengetahui." 

( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )


Hari Jumaat adalah hari ang banyak kelebihannya termasuk bersedekah. Oleh itu mari sama sama kita merebut peluang serta menyokong program Sedekah Jumaat SALIMAH Sabah. Wassalam.


Terima Kasih sudi singgah di Blog Dayang Weng Official, jangan lupa tekan butan Follow tanda support saya. Saya doakan semoga Allah limpahkan rahmat kepada kita semunya. 

Jangkitkan Kebaikan Sebarkan kebaikan.

byDW LoveLiveLesson

 

Kasih Iban Lasa : Chords dan Lirik Lagu

 Lirik Lagu dan Kod Gitar 

Lagu : Kasih Iban Lasa


C                       F

Kasih Iban Lasa Mahunit Lawaun

Dm                             G

Intum Tum Ku Kaimu, Mahunit Lupahun

Em                                    Am

Iyukil Kaw Ha Jantung, Di'na Maka Papas

Dm                                   G

Nah Niat Sin Atay Ku, Di' Kita Mabutas


C                              F

Diyuhul Ku Kaimu, Unu In Kiyabayanaan

Dm G

Tasmik Sin Pagatayan, Tunggal Sa Kaw Dayang

Em                                     Am

Lasahun Ta Kaw Sampay, Pakahinapusan 

Dm                            G

Ka'lu ra Hamasamut Ikaw In Surantan

C

Ohhh.. Dayang...


Limayu Kaw Ha Mata Ku, 

F

Tun ggal Pattak In Binin Mu

Dm 

Unu Dusa Na Hinangku

G

Di'ku Kaigatan...

Em 

Balik Na Kaw ohh Dayang

Am

Ikaw Ra In Kalasahan

Dm 

Bang Kaw Di'ku Ka Kitaan

G                             C

Baran Ku Binsana, Ha Pag Tumtuman...



Terima Kasih singgah Blog saya, jangan lupa tekan Butang Follow! Love you Guyss



Kenali Saya



 Assalamualaikum wbt,

       Salam sayang dari saya, sebelum itu saya doakan semoga kita semua sentiasa dalam lindunganNYA. Nama penuh saya Dayang Masjida Muhammad, lahir di Kg.Baru Semporna, tarikh lahir 20 julai 1994. Saya sekolah rendah di SK.PULAU GAYA dari 2001-2006. Sekolah Menengah di SMK PULAU GAYA dari 2007-2008 sahaja. Sejak Appa saya meninggal pada tahun 2008, maka saya berpindah ke Tawau dan sekolah di sana, SMK KABOTA TAWAU dari 2009-2011, sambung STPM di SMK JAMBATAN PUTIH dari 2012-2013.

       Masuk tahun 2015 saya bekerja di sektor swasta dan telah bertemu dengan suami ( etchingss ), perkenalan dengan suami nati sis cerita di lain entry hahha. So berkahwin pada 16 september 2016. dan sekarang genaplah hubungan 2016-2021, insyahallah hingga ke hujung nyawa dan semoga Allah izinkan hingga ke Jannah. Allahumma Aamiin. Dan sekarang saya bekerja di Taska D'Raudah, mertua yang bukakan dan saya menguruskannya ( doakan semoga success ). 

       Minat saya dalam penulisan telah lama sejak dari bangku sekolah lagi. Time bujang dulu suka sangat beli novel dan suka sangat membaca. Dan memandangkan keinginan itu tinggiu maka sis bukalah laman blog ini untuk berkongsi dengan para peminat membaca. Sayang tak simpan, sebab idea ni pandai datang tiba tiba haha. So sis ambik keputusan untuk aktif semula dalam penulisan. Selain itu, tujuan lama blog ini juga untuk menyampaikan dakwah. Laman ini juga salah satu media yang dapat menyampaikan dakwah.

       Rugi rasanya jika tidak ambik peluang, sedangkan kita mampu dapat saham akhirat so why not kita tidak ambik. 3 perkara saja yang mampu kita dapat setelah meninggal dan pahala masih mengalir walaupun kita sudah tiada di dunia ni. Yang pertama ilmu bermanfaat ( sesuatu ilmu kita ajarkan kepada orang lain dan selagi ilmu itu orang amalkan dan orang sampaikan kepada yang lain, maka mengalirlah pahala mereka kepada mereka selama mereka mengamalkan dan menyampaikannya ) MasyahAllah betapa  baiknya Allah kan, walaupun kita sudah tiada tetap ada pahala untuk kita. Jadi kenapa kita tak ambik peluang ni?

      Yang ke 2 Sedekah amal jariah, maka selagi kita hidup ini sleagi itulah kita kena bersedekah berbagi dengan kadar kemampuan kita. Jika tak mapu dengan wang ringgit beri dengan sesuatu yang meringankan orang lain. Permudahkan orang lain juga salah satu sedekah kut. Apa apa yang kita lakukan kena niat kerana Allah. InsyahAllah ada pahala untuk kita. Dan yang terakhir adalah dengan anak soleh solehah.

      Doakan saya semoga dikurniakan anak soleh solehah, salah satu hasrat saya dari awal berkahwin adalah ingin dikurniakan anak. Salah satu sebab ada ingin anak, ada juga mendaokan jika kami dengan suami tiada. Ingin menjaga amanah Allah, insyahallah melahirkan generasi penyambung dakwah Nabi Muhammad SAW (insyahallah). Namun perancangan Allah itu lebih indah, so saya serahkan kepadaNYA sebab saya yakin sebaik baik perancangan itu adalah perancanganNYA. INSYAHALLAH, doakan semoga kita semua dikurniakan anak soleh solehah, hafiz hafizah dan dapat menyambung jalan dakwah Rasulullah SAW. TAKBIR! ALLAHUAKBAR! 


Wassalam ..

Prolog: Jalan Menuju Hijrah




          Aku melihat diriku di hadapan cermin, seakan aku tidak percaya siapa wanita dalam cermin ini. Jauh dari diri ku dahulu. Wanita dalam cermin ini berbaju jubah, bertudung labuh hingga ke paras pinggang dan dikenakan Niqab berwarna hitam dan hanya mata yang kelihatan. Ya Allah! Eya wanita ini adalah aku. Aku ya Allah. Tiba tiba airmata membasahi niqab ku, aku tidak mampu menahan sebak. Bercampur baur perasaan aku sekarang, kerana telah mengambil keputusan untuk memilih memakai niqab. Aku tidak tahu kekuatan apa yang ada sehingga aku mampu berubah hingga ke tahap ini. Percayalah wahai wanita, kekuatan itu semuanya datang dari Allah tidak bukan tidak lain tentunya dari dia. Demi ujian dan ujian aku tempuhi, perjalanan hidup yang aku rasa kosong dan hambar. Sehingga terfikir apa makna aku hidup jika aku tidak diperlukan? Jika aku tidak disayang? Jika aku tidak berguna? Aku sedar aku terlalu jauh dari Allah. Semua perintahnya aku tinggalkan, larangannya semua aku lakukan. Namun Allah itu maha penyayang kepada hambanya. Meski aku derhaka Allah sedarkan aku dengan berikan aku berbagai bagai ujian. Silih ganti ujian menimpa kepadaku. Sehingga aku tersedar dan tertanya tanya, mungkin disebabkan aku manusia yang tak pernah bersyukur sebab tu Allah beri aku ujian yang berat. Tapi bila aku sudah berubah kenapa Allah tetap uji aku? Kerana ujian aku makin berat. Ya Allah sungguh aku tidak kuat. Namun kini aku tahu, semua persoalan ku Allah telah jawap dan semua doaku Allah dah makbulkan. Alhamdulillah berkat ujian ujian terdahulu  aku lebih mengenali DIA, banyak aku pelajari. Dalam ujian itu Allah hadirkan insan insan yang baik. Banyak ilmu agama aku ketahui dan aku pelajari. Bila fikir balik, jika semua ujian ujian itu tidak berlaku maka tidak aku berpeluang mempelajari agama islam, maka tidak berpeluang berjumpa dengan orang orang yang baik dan paling penting tidaklah aku sejauh begini. Terima kasih ya Allah. Aku bersujud tanda sujud syukur kepadaNYA. 

      Kedengaran ketukan pintu, aku cepat cepat bangkit dan memperbetulkan niqab ku yang terturun. Aku tersenyum melihat wajah di muka pintu. 

 'Terima kasih juga ya Allah engkau pertemukan aku dengan hamba mu ini' gumam ku dalam hati sambil tersenyum.

 " Sygg, lambat lagi ka?" Tanya suamiku. Ya dia suamiku, Ustaz Muhammad Adham. Dia jugalah salah satu nikmat dan hadiah paling besar dalam hidup aku.

 "Taklah, syg dah siap ni jom lah kita gerak nanti mereka tertunggu-tunggu pula." Balas ku. Hari ini kami pergi perjumpaan masturat dimana pertemuan dengan jemaah jemaah lain yang bersama sama dengan pasangan mereka. Aku mengambil beg dan suami ku mencapai tangan ku, kami berjalan beriringan dan berlalu pergi.


        Kereta memasuki perkarangan rumah, beberapa jemaah kelihatan bersama dengan pasangan mereka memasuki rumah. Kelihat Ibu ( Ustazah Asma ) menunggu di hadapan pintu menyambut para jemaah. Aku keluar dari kereta dan mengambil buah-buahan sebagai buah tangan dari bonet kereta. Aku beriringan dengan suami menuju kearah Ibu.

" Assalamualaikum.. ibu" Aku memberi salam dan mencapai tangan Ibu sambil melaga pipi dengannya.

" Waalaikumsalam, ini Adwa yer?' Soal Ibu. Aku mengangguk dan menyerahkan buah tangan kepadanya.

" Alhamdulillah terimah kasih. Jemputlah masuk semua dah sampai. Kita mulakanlah." Ucap Ibu sambil mengiringi kami dengan suami masuk kedalam. Maka bermulahlah tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah Asma iaitu Ibu. Dia lebih mesra dipanggil dan dikenali sebagai Ibu.