Aku melihat diriku di hadapan cermin, seakan aku tidak percaya siapa wanita dalam cermin ini. Jauh dari diri ku dahulu. Wanita dalam cermin ini berbaju jubah, bertudung labuh hingga ke paras pinggang dan dikenakan Niqab berwarna hitam dan hanya mata yang kelihatan. Ya Allah! Eya wanita ini adalah aku. Aku ya Allah. Tiba tiba airmata membasahi niqab ku, aku tidak mampu menahan sebak. Bercampur baur perasaan aku sekarang, kerana telah mengambil keputusan untuk memilih memakai niqab. Aku tidak tahu kekuatan apa yang ada sehingga aku mampu berubah hingga ke tahap ini. Percayalah wahai wanita, kekuatan itu semuanya datang dari Allah tidak bukan tidak lain tentunya dari dia. Demi ujian dan ujian aku tempuhi, perjalanan hidup yang aku rasa kosong dan hambar. Sehingga terfikir apa makna aku hidup jika aku tidak diperlukan? Jika aku tidak disayang? Jika aku tidak berguna? Aku sedar aku terlalu jauh dari Allah. Semua perintahnya aku tinggalkan, larangannya semua aku lakukan. Namun Allah itu maha penyayang kepada hambanya. Meski aku derhaka Allah sedarkan aku dengan berikan aku berbagai bagai ujian. Silih ganti ujian menimpa kepadaku. Sehingga aku tersedar dan tertanya tanya, mungkin disebabkan aku manusia yang tak pernah bersyukur sebab tu Allah beri aku ujian yang berat. Tapi bila aku sudah berubah kenapa Allah tetap uji aku? Kerana ujian aku makin berat. Ya Allah sungguh aku tidak kuat. Namun kini aku tahu, semua persoalan ku Allah telah jawap dan semua doaku Allah dah makbulkan. Alhamdulillah berkat ujian ujian terdahulu aku lebih mengenali DIA, banyak aku pelajari. Dalam ujian itu Allah hadirkan insan insan yang baik. Banyak ilmu agama aku ketahui dan aku pelajari. Bila fikir balik, jika semua ujian ujian itu tidak berlaku maka tidak aku berpeluang mempelajari agama islam, maka tidak berpeluang berjumpa dengan orang orang yang baik dan paling penting tidaklah aku sejauh begini. Terima kasih ya Allah. Aku bersujud tanda sujud syukur kepadaNYA.
Kedengaran ketukan pintu, aku cepat cepat bangkit dan memperbetulkan niqab ku yang terturun. Aku tersenyum melihat wajah di muka pintu.
'Terima kasih juga ya Allah engkau pertemukan aku dengan hamba mu ini' gumam ku dalam hati sambil tersenyum.
" Sygg, lambat lagi ka?" Tanya suamiku. Ya dia suamiku, Ustaz Muhammad Adham. Dia jugalah salah satu nikmat dan hadiah paling besar dalam hidup aku.
"Taklah, syg dah siap ni jom lah kita gerak nanti mereka tertunggu-tunggu pula." Balas ku. Hari ini kami pergi perjumpaan masturat dimana pertemuan dengan jemaah jemaah lain yang bersama sama dengan pasangan mereka. Aku mengambil beg dan suami ku mencapai tangan ku, kami berjalan beriringan dan berlalu pergi.
Kereta memasuki perkarangan rumah, beberapa jemaah kelihatan bersama dengan pasangan mereka memasuki rumah. Kelihat Ibu ( Ustazah Asma ) menunggu di hadapan pintu menyambut para jemaah. Aku keluar dari kereta dan mengambil buah-buahan sebagai buah tangan dari bonet kereta. Aku beriringan dengan suami menuju kearah Ibu.
" Assalamualaikum.. ibu" Aku memberi salam dan mencapai tangan Ibu sambil melaga pipi dengannya.
" Waalaikumsalam, ini Adwa yer?' Soal Ibu. Aku mengangguk dan menyerahkan buah tangan kepadanya.
" Alhamdulillah terimah kasih. Jemputlah masuk semua dah sampai. Kita mulakanlah." Ucap Ibu sambil mengiringi kami dengan suami masuk kedalam. Maka bermulahlah tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah Asma iaitu Ibu. Dia lebih mesra dipanggil dan dikenali sebagai Ibu.
alhamdulillah..aamiin
ReplyDelete