Add Me  Add Me  Add Me  Add Me

Social Media

Follow Me On Social Media
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Friday, 12 February 2021

Kenali Saya



 Assalamualaikum wbt,

       Salam sayang dari saya, sebelum itu saya doakan semoga kita semua sentiasa dalam lindunganNYA. Nama penuh saya Dayang Masjida Muhammad, lahir di Kg.Baru Semporna, tarikh lahir 20 julai 1994. Saya sekolah rendah di SK.PULAU GAYA dari 2001-2006. Sekolah Menengah di SMK PULAU GAYA dari 2007-2008 sahaja. Sejak Appa saya meninggal pada tahun 2008, maka saya berpindah ke Tawau dan sekolah di sana, SMK KABOTA TAWAU dari 2009-2011, sambung STPM di SMK JAMBATAN PUTIH dari 2012-2013.

       Masuk tahun 2015 saya bekerja di sektor swasta dan telah bertemu dengan suami ( etchingss ), perkenalan dengan suami nati sis cerita di lain entry hahha. So berkahwin pada 16 september 2016. dan sekarang genaplah hubungan 2016-2021, insyahallah hingga ke hujung nyawa dan semoga Allah izinkan hingga ke Jannah. Allahumma Aamiin. Dan sekarang saya bekerja di Taska D'Raudah, mertua yang bukakan dan saya menguruskannya ( doakan semoga success ). 

       Minat saya dalam penulisan telah lama sejak dari bangku sekolah lagi. Time bujang dulu suka sangat beli novel dan suka sangat membaca. Dan memandangkan keinginan itu tinggiu maka sis bukalah laman blog ini untuk berkongsi dengan para peminat membaca. Sayang tak simpan, sebab idea ni pandai datang tiba tiba haha. So sis ambik keputusan untuk aktif semula dalam penulisan. Selain itu, tujuan lama blog ini juga untuk menyampaikan dakwah. Laman ini juga salah satu media yang dapat menyampaikan dakwah.

       Rugi rasanya jika tidak ambik peluang, sedangkan kita mampu dapat saham akhirat so why not kita tidak ambik. 3 perkara saja yang mampu kita dapat setelah meninggal dan pahala masih mengalir walaupun kita sudah tiada di dunia ni. Yang pertama ilmu bermanfaat ( sesuatu ilmu kita ajarkan kepada orang lain dan selagi ilmu itu orang amalkan dan orang sampaikan kepada yang lain, maka mengalirlah pahala mereka kepada mereka selama mereka mengamalkan dan menyampaikannya ) MasyahAllah betapa  baiknya Allah kan, walaupun kita sudah tiada tetap ada pahala untuk kita. Jadi kenapa kita tak ambik peluang ni?

      Yang ke 2 Sedekah amal jariah, maka selagi kita hidup ini sleagi itulah kita kena bersedekah berbagi dengan kadar kemampuan kita. Jika tak mapu dengan wang ringgit beri dengan sesuatu yang meringankan orang lain. Permudahkan orang lain juga salah satu sedekah kut. Apa apa yang kita lakukan kena niat kerana Allah. InsyahAllah ada pahala untuk kita. Dan yang terakhir adalah dengan anak soleh solehah.

      Doakan saya semoga dikurniakan anak soleh solehah, salah satu hasrat saya dari awal berkahwin adalah ingin dikurniakan anak. Salah satu sebab ada ingin anak, ada juga mendaokan jika kami dengan suami tiada. Ingin menjaga amanah Allah, insyahallah melahirkan generasi penyambung dakwah Nabi Muhammad SAW (insyahallah). Namun perancangan Allah itu lebih indah, so saya serahkan kepadaNYA sebab saya yakin sebaik baik perancangan itu adalah perancanganNYA. INSYAHALLAH, doakan semoga kita semua dikurniakan anak soleh solehah, hafiz hafizah dan dapat menyambung jalan dakwah Rasulullah SAW. TAKBIR! ALLAHUAKBAR! 


Wassalam ..

No comments:

Post a Comment