Add Me  Add Me  Add Me  Add Me

Social Media

Follow Me On Social Media
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Friday, 12 February 2021

Jom Sedekah


Assalamualaiku wbt.

Bismilahhirrohmanirrohim..

       SALIMAH telah melaksanakan program Jom Sedekah Hari Jumaat, dimana setiap hari jumaat mereka bergerak untuk mengedarkan makanan kepada orang orang yang memerlukan. Edaran ini setiap satu pek anggaran sebanyak RM5 dan akan diedarkan setiap hari jumaat. Oleh itu, mari kita sama sama menghulurkan bantuan dan semoga dengan sedekah kita pada hari ini dapat menyelamatkan kita dari api neraka wallahualam. Program ini dilaksanakan dibawah Persatuan Persaudaraan Muslimah Sabah ( Kota Kinabalu ). Untuk maklumat lanjut sila hubungi nombor yang telah disertakan dalam poster tersebut.


Ibn Qayyim Al-Jawziyah dalam kitabnya ( Zad Al-Maad ) menyatakan :

  " Bersedekah pada hari Jumaat ini lebih mulia berbanding hari-hari lain. Besarnya nilai gandaan ganjaran bersedekah pada hari Jumaat berbanding hari lain adalah seperti besarnya pahala amalan bulan Ramadhan berbanding bulan bulan lain."


Dalam Firman Allah SWT bermaksud :

" Perumpamaan bagi orang yang mendermakan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha luas ( Rahmat ) lagi Maha  mengetahui." 

( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )


Hari Jumaat adalah hari ang banyak kelebihannya termasuk bersedekah. Oleh itu mari sama sama kita merebut peluang serta menyokong program Sedekah Jumaat SALIMAH Sabah. Wassalam.


Terima Kasih sudi singgah di Blog Dayang Weng Official, jangan lupa tekan butan Follow tanda support saya. Saya doakan semoga Allah limpahkan rahmat kepada kita semunya. 

Jangkitkan Kebaikan Sebarkan kebaikan.

byDW LoveLiveLesson

 

No comments:

Post a Comment