Add Me  Add Me  Add Me  Add Me

Social Media

Follow Me On Social Media
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Saturday, 13 February 2021

Bab 1: Jalan Menuju Hijrah


      Usia perkahwinan mama dan ayah tidak berpanjangan dimana mereka telah memilih penceraian kerana mereka tidak sehaluan lagi. Mereka telah bercerai sejak umur aku 8tahun lagi. Abang dan kakak ku mengikuti ayahku kerana mereka adalah sepasang kembar. Disebabkan mereka sangat rapat dan tidak mahu berpisah. Aku pula mengikuti mama ku dan tinggal dengan mama sehingga hari ini. Sejak mama dan ayah berpisah mereka telah membawa haluan hidup masing-masing dan mempunyai keluarga tersendiri. Ayah dan Mama masing² telah menikah kembali dengan pilihan mereka. 
...................................................................................................................................................................

       Kini aku berusia 18tahun pada tahun ini, jam menunjukkan jam12 pagi. Berderet-deret chat whatsapp dan notification fb, imstagram masuk. Aku melihat notification di telefon bimbitku. Kelihatan semua ucapan hari jadiku di setiap notificatiom tersebut. Terasa hambar dan tiada sedikit pun rasa gembira. Kedengaran bunyi hp berdering. Incoming calling. Aku cepat cepat mengambil panggilan tersebut tanpa melihat nama panggilan.
"Hello, waalaikumsalam" jawap ku perlahan. Aku melihat skrin telefon, tertera nama Mikail.
"Happy birthday sayang! Sayang buat apa?"
"Nak tidur dah buat apa lagi.." jawap ku acuh tak acuh.
"Sayang nak video kol boleh tak?"
"Tak payahlah, takda mood la!"
"Ala sayang kenapa tiada mood? Selalu orang birthday ni happy tau, sayang nak apa apa tak? Sayang boleh belikan" soalnya.
"Takpayah la! Dah la nak tidurlah! Esok jer la sambung okey. Byee Assalamualaikum" tanpa menunggu jawapan dari Mikail Adwa matikan hp ya. Dia ingatkan panggilan dari ayah ataupun dari abang dan kakak ya. Sejak beberapa hari ini ayah dia asyik sibuk sehinggakan tiada masa nak jawap panggilannya. Nak minta ambil dari minggu lalu tiada jawapan. Entah aku ni wujud tak wujud ka lagi dalam hidup mereka. Bagus aku tidur sajalah. Gumam Adwa sambil matikan lampu.

      Kedengaran bunyi pintu yang dibuka dengan perlahan-lahan, membuatkan Nur Adwa Afeefa terkejut dengan bunyi tersebut. Kini matanya segar melihat kearah bunyi pintu dihadapannya. Dalam samar samar dia melihat seseorang dihadapan pintu tersebut. Nur Adwa Afeefa menggosok² matanya untuk melihat lebih jelas, dia bangkit dari pembaringannya. Secara tiba tiba orang dihadapan memeluknya dengan dakapan yang kuat. Nur Adwa Afeefa meronta, tangan yang kasar menekup mulutnya. Nur Adwa Afeefa melawan dengan mengigit tangan kasar itu dan berteriak dengan kuat.

"Mama!!! Mamaa!!! Tolongggg Adwaa!!" Dengan sekuat hati dia berteriak memanggil mama. 
Secara tiba-tiba lampu terang benderang diruang biliknya. Kelihatan wajah mama dengan wajah yang terkejut dan merah padam.
Aku memandang wajah dibirai katil yang sedang menahan sakit dari tangannya yang baru saja saya gigit. 

"Astagfirullahhalazim!!! Abang!!! Sampai hati abg buat anak saya macam ni!!" Mama menangis sambil memukul badan suaminya itu. Pak Samad hanya mampu berdiam diri kali ini dia tidak berkata apa apa kerana Mama telah nampak dengan jelas perbuatan terkutuknya itu. Bukan hanya sekali berkali-kali bapa tirinya itu memperlakukannya sedemikian. Dan kali ini sangat teruk bukan sekadar mengintipnya malah berani ingin memperkosanya. 

Luluh hati melihat mama menangis. Aku hanya mampu berdiam dan menahan sebak. Aku tidak mampu berkata apa apa. Rasa meluat dan benci meluap luap dalam hati aku dengan perangai buruk bapa tirinya itu. Pak Samad hanya selamba keluar dari bilik. Mama mengikuti suaminya itu dan kedengaran di luar bilik pertengkaran mereka. Aku menangis sekuat hati sambil berpeluk tubuh. Terdengar suara tangisan, adik ku terbangun dan menerpa kearahku. Dia memelukku sambil menangis. Aku hanya mampu membalas pelukannya dan menenangkannya.

"Mama dan bapa kenapa kak?" Mulut mungil milik adik ku bertanya dengan kehairanan.
 "Tiada apa apa, mama dan bapa macam biasa gaduh gaduh begitu saja" balas ku sambil tersenyum. 
 "Malam ni adik tidur dengan kakak la, kakak rindu nak manja manja dengan adik boleh tak?" Soalku. Dia hanya mampu menganguk perlahan kerana masih dalam mamai mamai. Masih mengantuk. Adik baring disebelah ku sambil memelukku dengan erat.

Aku kesat airmata ku, ya Allah beri aku kesabaran. Hilangkan kesedihanku. Aku hanya mampu meminta kepada Allah ketika ini. Mama membuka pintu bilikku, aku melihat wajah Mama. Kelihatan wajah mama yang sedih riak yang terkejut dengan situasi itu. Mama memelukku, airmatanya membasahi bajuku. Aku hanya mampu membalas pelukan mama dengan erat.
"Mama minta maaf, selama ini mamatak percayakan Adwa. Mama rasa berdosa dengan Adwa. Mama tak sangka bapa Adwa macam tu. Adwa jangan risau, Mama akan pilih Adwa berbanding dia." Kuat esakan Mama. Mama memegang tangan ku dengan erat.
"Jangan Mama! Adwa taknak mama berpisah dengan bapa. Kesian adik adik Adwa, Adwa dah rasa macam mana tiada bapa. Adwa dah rasa jauh dengan ayah macam mana." Rayu ku dengan mama. 

Bersambung..

No comments:

Post a Comment