Kedengaran azan subuh berkumandang di corong telingaku, aku mengosok mata yang masih samar samar memandang keluar jendela. Aku memandang kearah jam bergantung di diding, jam menunjukkan 5 pagi subuh. Di luar masih kelihatan gelap, dengan masih mengantuk aku gagahkan bangkit dari pembaringanku menuju ke pintu untuik keluar. Aku berjalan menuju ke tandas, di dapur aku melihat ibu yang sibuk menggoreng kuih donat untuk dijual.
" Mai, nanti lepas solat tolong ibu ganti goreng kuih kuih ni. " pinta ibu sekilas memandang ke arahku. Aku hanya mengangguk tidak menjawap. Selesai mengambil wuduk, aku cepat cepat menuju ke bilik untuk menunaikan solat subuh. Usai menyelesaikan solat subuh, aku keluar untuk mengantikan ibu.
Sejak Ayah meninggal dunia inilah rutin seharianku, setiap selesai subuh aku akan membantu ibu untuk memasak kuih dan menyelesaikan pekerjaannya di dapur sementara ibu menunaikan solat subuh dan setelah itu menyiapkan adik adikku untuk bersiap ke sekolah. Kedengaran keributan kedua dua adik Maisarah di muka pintu dapur, beginilah setiap pagi ada saja yang tidak kena kepada mereka berdua bermacam macam ragam mereka. Maisarah bersuara garang memarahi kedua dua adiknya itu, hanya dia sajalah ditakuti oleh kedua dua adik adiknya itu setelah ayah mereka tiada.
" Ya Allah!! Ya Rabb!! Haikal !! Rykal!! kamu ni memang nda sahkan kalau pagi pagi arab nda bergaduh! cepat sana mandi bah!! nda payah lagi sana kamu bergaduh jam berapa suda ni! lambat suda tau ka?" tempik Maisarah terhadap kedua dua adik-adiknya itu. Bulat mata mereka berdua dan berlalu pergi meninggalkan kakak mereka yang garang itu. Mereka semua satu sekolah SMK Inanam, Maisarah Tingkatan Enam Atas manakala adiknya Haikal Tingkatan 2 dan Rykal Tingkatan 3. Kedua dua mereka pergi ke ruang Mandi.
Maisarah kelam kabut menyiapakan jualan Ibunya itu, semua kuih muih dimasukkannya ke dalam bakul jualan, manakala beberapa kontena dia masukkan kedalam paper bag yang telah dia sediakan. Selain Ibunya menjual di tepi jalan luar rumah, dia setiap pagi akan membawa beberapa kontena yang telah ditempah oleh kawan-kawan sekolahnya. Tiba-tiba Maisarah sebak melihat kuih onde-ondeh atau puteri mandi. Kuih tersebut kegemaran ayahnya, tidak terasa air hangat terasa menjatuhi pipinya. Kedengaran suara ibunya memnaggil dia dari dalam. Dia cepat-cepat mengesat air matanya itu. Dia tersenyum melihat ibunya di muka pintu. Ibunya cepat-cepat menuruni anak tangga, dan mengambil semua bakul bakul jualannya, adik adiknya turut membantu ibu mereka mengangkat bakul tersebut.
" Ibu, cikgu tiga kali sudah minta duit pibg belum lagi bayar ba.. " Ucap Haikal dengan muka tertunduk.
" Ouh yakan, lupa sudah ba ibu nak, nanti la di luar ibu kasi ya nak, nanti kau kasi ingat balik la." Balas Ibunya sambil tersenyum. Maisarah terdengar perbualan ibu dan adiknya itu. Kesian ibunya, sejak ayah tiada ibulah mengalas tanggungjawap mencari rezeki. Dia nekad selepas dia bersekolah dia akan membantu ibunya dan menjaga adik adiknya itu. Jam menunjukkan 7pagi, Maisarah bergegas ke bilik untuk bersiap-siap pula.
Selesai bersiap-siap, dia cepat cepat menyarungkan kasut sekolah hitam ke kakinya. Maisarah mengambil beg sekolah dan fail failnya. Mereka bertiga menuju ke tempat ibu berjualan.
" Ibu, Mai jalan dulu dengan adik adik.. ibu baik baik di rumahnya, mungkin kakak Mai lambat sikit balik dalam jam2petang begitu." Ucap Maisarah sambil mencium tangan kasar ibunya itu. Haikal dan Rykal pun turut memberi salam masing masing terhadap ibu mereka.
Jam tangan menunjukkan 1:30 petang, Maisarah mengemas segala buku dan failnya dimasukkannya kedalam beg sekolahnya semua. Ssemua kelihatan masing masing sibuk mengemas buku dan juga peralatan sekolah. Maisarah menyang beg sekolah dan fail dibawanya ke dada, dia menyeka peluh di dahi, terasa panas bahang seakan rasa angin kipas itu tidak terasa dek panasnya matahari. Kelihatan Asmiah dari jauh tersenyum dan menuju ke mejanya, itulah sahabat baik ya dari sekolah rendah lagi. Kali ini mereka tidak satu kelas kerana aliran yang berbeza mereka ambil. Asmiah kelas sebelah merupakan pelajar aliran sastera manakala dia mengambil aliran Sain. Maisarah membalas senyuman sahabat baiknya itu.
" Assalamualaikum mai! jadi tak ikut kitaorang nak study group pengajian am nanti dekat perpustakaan Tanjung Aru?" Soal Asmiah. Mereka bergandingan keluar dari kelas.
" Walaaikumsalam cik Miah Maniss! insyahAllah jadilah ba, sudah minta izin pun dengan ibu tapi tidak dapat lama la stay sebab jam5 petang nanti nak tolong ibu pula kat pasar malam inanam berjualan. Boleh ba kan minta tolong ko hantar nanti pulang? tapi sebelum tu siggah rumah dulu balik nak solat nak tukar baju. Panas sangatlah hari ini kan?" balas Maisarah. Kepanasan membuatkan dia berpeluh-peluh, rasa tidak selesa dan peluh terasa membasahi bajunya. Di taku mengeluarkan bau yang tidak sedap nanti bila study group, karang nanti ada orang pengsan pula, detik Maisarah dalam hati. Tertawa kecil Asmiah sambil mencium-cium baju Maisarah.
Bersambung ...







.jpg)
